BUTTERWORTH 1 Sept. – Jabatan Imigresen negeri menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam satu operasi di Penang Sentral di sini hari ini. Dalam operasi selama sejam bermula pukul 11 pagi itu, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20-an hingga 40-an dan terdiri daripada 15 lelaki dan tiga wanita. Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Kholijah Mohamad berkata, dalam operasi hari ini, seramai 676 PATI pelbagai warganegara antaranya…










