IPOH 1 Sept. – Sebanyak 13 motosikal disita manakala 93 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan Ambang Merdeka di Jalan Kledang Utara di sini semalam. Operasi bermula pukul 1 hingga 7 pagi itu dijalankan oleh lima pegawai dan 55 anggota daripada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya menjalankan pemeriksaan…










