ALOR SETAR 22 Sept. – Kira-kira 100,000 orang pesawah di negeri ini gelisah kerana sehingga kini dikatakan masih belum menerima baja subsidi sedangkan musim penanaman padi akan bermula beberapa hari lagi. ABD. LATEH MOHD. SAMAN Perkara itu didedahkan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah, Datuk Abdul Lateh Mohd. Saman yang berkata, pada masa ini, sawah-sawah sedang dibajak dan hanya menunggu masa untuk menyemai benih-benih. Lebih membimbangkan kata beliau, syarikat yang…









