NEW YORK 31 Ogos – Stan Wawrinka bakal bertembung juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat (AS), Novak Djokovic selepas bintang dari Switzerland itu mara ke pusingan keempat kejohanan buat kali pertama sejak menjuarai kejohanan itu pada 2016. Pemain pilihan ke-23 itu menewaskan Paolo Lorenzi 6-4, 7-6 (11/9), 7-6 (7/4) dan akan bertemu sama ada bintang No. 1 dunia, Djokovic atau wakil tuan rumah, Denis Kudla dalam pusingan keempat. ‘Sudah tentu ini perlawanan yang sengit. “Saya gembira kerana berjaya melepasinya dan berusaha untuk memberi tumpuan kepada corak permainan saya. Ini bukan tahap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya