GUA MUSANG 2 Ogos – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kebun durian di Kampung Pulai, di sini sejak petang Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia hari ini. Mayat Wong Kam Ciu, 71, dijumpai pasukan mencari dan penyelamat dalam kebun getah bersebelahan kebun durian miliknya pukul 11.40 pagi ini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berkenaan daripada rakannya petang semalam. Katanya,…










