IPOH 28 Ogos – Seorang wanita nyaris maut setelah kereta yang dipandunya dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian di Taman Badrishah dekat Lahat di sini hari ini. Kejadian yang berlaku ketika angin kencang sebelum diikuti hujan lebat itu menyebabkan mangsa yang berusia 20-an itu mengalami kecederaan ringan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih dihantar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2 petang. Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati sebatang pokok telah menghempap bahagian hadapan sebuah kereta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya