TEMERLOH 27 Ogos – Sederet 30 buah rumah terbengkalai sejak 20 tahun lalu yang ditumbuhi semak dan pokok hutan di Taman Bukit Bendera di sini bagaikan ‘rumah berhantu’ yang meresahkan penduduk. Satu-satunya ‘hutan’ di kawasan perumahan berkenaan menjadi ancaman dan risiko kepada penduduk di situ kerana menjadi tempat tinggal pelbagai binatang termasuk binatang berbisa seperti ular tedung, biawak dan kala jengking. Malah kejadian ular dan binatang berbisa memasuki rumah sering…










