KLUANG 2 Ogos – Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya yang membawa muatan batu terbabas ketika menuruni dan melalui bulatan di Jalan Utama, Taman Delima 3 di sini pukul 9 pagi tadi. Dalam kejadian tersebut, lori dipandu mangsa, Abu Bakar Dan, 43, terbabas dalam kawasan kebun kelapa sawit berhampiran berkedalaman 3 meter. Berikutan itu, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT)…










