KUALA LUMPUR 30 Ogos – Ketua Jawatankuasa Tertinggi Islam Baitulmuqaddis, Sheik Dr. Ekrima Saeed Sabri berharap Malaysia terus maju dan merdeka daripada sudut ekonomi, politik dan masyarakat. Beliau yang merupakan Imam Besar Masjid Al-Aqsa berkata, kebebasan daripada aspek ekonomi akan menjadikan situasi politik negara bebas daripada penjajahan sekali lagi. Oleh itu, Ekrima Saeed ingin merakamkan tahniah kepada seluruh rakyat negara ini yang bersaudara dengan umat Islam di Palestin atas sambutan…










