KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pengarah sebuah syarikat yang menetak Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi sehingga putus ibu jari pada minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, Mohd. Nasli Mohd. Nasir, 33, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan ibu jari kanan Mohd. Zamri sehingga kudung dengan menggunakan sebilah parang panjang. Perbuatan…










