Utusan Melayu menyeru orang Melayu bersatu bagi menyalakan obor perjuangan menuntut kemerdekaan pada 1957. Pengasas Utusan Melayu, Yusof Ishak menyatakan perkara tersebut melalui artikelnya bertajuk ‘Sumbangan akhbar–akhbar dan wartawan–wartawan Melayu dalam perjuangan kemerdekaan’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Menurutnya, Utusan Melayu ditubuhkan dengan ikrar perjuangan meninggikan taraf bangsa Melayu dalam mencapai kemerdekaan tanah air dan menegakkan syiar agama Islam. Berikut tulisan penuh Yusof Ishak: Sungguhpun yang demikian…










