PUTRAJAYA 2 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan McDonald’s Malaysia hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi menjalin kerjasama di bawah program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di universiti itu. Perjanjian yang bertujuan merapatkan jurang industri-akademia itu menyaksikan moduI latihan McDonald’s Malaysia diserap sebagai sebahagian program MBA ditawarkan Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHlBS) universiti berkenaan. Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, MoA tersebut sekali gus memberi peluang kepada…










