LONDON – Manchester United semakin hampir membawa masuk Mario Mandzukic dari Juventus. Penyerang Croatia itu secara peribadi bersetuju untuk memeterai perjanjian bersama United hingga 2022 dan menerima bayaran 6.2 juta pound (RM31.4 juta) setahun – kenaikan 35 peratus gaji yang diperolehinya di Juventus. Bos United, Ole Gunnar Solskjaer melihat Mandzukic sebagai calon yang paling sesuai untuk menggantikan Romelu Lukaku. Juventus bersetuju untuk melepaskan Mandzukic pada musim panas ini selepas percaya…










