UiTM meterai MoU dengan University Grants Commission of Bangladesh - Utusan Malaysia

UiTM meterai MoU dengan University Grants Commission of Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 31 Julai – Universiti Teknologi MARA telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama University Grants Commission of Bangladesh. Memorandum persefahaman ini, membawa hasrat kerjasama di antara kedua organisasi didalam perkembangan pengetahuan, pentadbiran dan kepimpinan. Delegasi UGC terdiri daripada lapan orang yang diketuai oleh Prof. Dr. M. Shah Nowaz Ali (Ahli, University Grants Commission of Bangladesh), Dr. Fakhrul Islam, Md. Rezaul Karim Hawlader, Jesmin Pervin, Md. Fazlur Rahman, Elish Sharmin dan Syed M Ariful Hassan. Kunjungan mereka di terima oleh Naib Canselor sendir bersama Prof. Ts. Dr Mohamad Kamal Harun, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan dan Dr Hajah Zainab Mohd Noor, Pengarah Pejabat Hal ehwal Antarabangsa UiTM. Memorandum persefahaman dimeterai oleh Emeritus Prof Dr Azraai Kassim (Naib Canselor) bersama Dr. Md. Khaled (Setiausaha) disaksikan oleh kesemua delegasi yang hadir.

University Grant Commision of Bangladesh berfungsi sebagai agensi yang berobjektif untuk menyelia, menyelenggara, mempromosikan dan menyelaras institusi pendidikan tinggi di Bangladesh. UGC juga bertanggungjawab untuk mempastikan standard dan kualiti di semua universiti awam dan swasta di Bangladesh untuk terus berada di dalam tahap yang telah di tetapkan. UGC menilai keperluan universiti awam dari segi pembiayaan disamping menasihati kerajaan Bangladesh dalam pelbagai isu berkaitan pendidikan tinggi di Bangladesh.

Pertemuan pertama diantara UiTM dan UGC adalah pada Mac 2019. Hasil daripada perbincangan awal, bersama beberapa dekan fakulti dan Institut Kepimpinan dan Perkembangan (Institute of Leadership and Development – ILD), telah menarik minat UGC untuk membentuk satu jalinan kolaborasi jangka panjang bersama UiTM. Sebagai komprehensif universiti, kepelbagaian program di peringkat Master dan PhD juga merupakan salah satu tarikan utama UiTM selain daripada kekuatan program pemantauan dan bimbingan kepada perkembangan kerjaya dan kecemerlangan staff akademik dan pentadbiran yang menjadi budaya kepada pengendalian institusi yang besar seperti UiTM. Keterbukaan UiTM untuk menyediakan kepada program latihan yang boleh direkabentuk mengikut kesesuaian dan permintaan perlbagai agensi sekaligus membuka peluang program latihan diperingkat antarabangsa. Kolaborasi seperti ini bukan sahaja memberikan impak positif kepada perkembangan UiTM sebagai institusi terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar dan juga staff, ini juga membuktikan pengiktirafan global dari agensi luar negara yang bertanggungjawab menyelarasa kualiti pendidikan tinggi di negara mereka, khas nya Bangladesh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan dengan itu berikut adalah fokus kolaborasi yang ingin di terokai, program kepimpinan akademik, pembangunan staff, latihan dan kursus dikalangan staff oleh pelbagai kementerian di Bangladesh, projek penyelidikan bersama, pertukaran staff dan juga Phd program bersama. Dalam usaha pengantarabangsaan dan memperkasa keupayaan mobiliti staff dan pelajar, kolaborasi ini berupaya memenuhi keberlangsungan misi dan visi UiTM untuk menjadi sebuah universiti yang berupaya membentuk minda dan mentransformasikan kehidupan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini