SEREMBAN 29 Ogos – Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr. Ameer Ali Mydin tidak bersetuju dengan gesaan pihak tertentu supaya memboikot produk keluaran syarikat milik bukan Islam di negara ini. Menurut beliau, walaupun saranan itu mungkin akan menguntungkan perniagaan pasar raya Mydin kerana ramai pelanggannya beragama Islam, beliau menganggap tindakan seumpama itu sebagai bersifat perkauman. “Secara dasarnya, saya tak setuju walaupun boikot itu mungkin memberi kelebihan kepada saya (Mydin). Yang penting adalah barang buatan Malaysia. Kalau ada barangan orang Cina atau India, kalau halal, apa salahnya (beli).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya