GEORGE TOWN – Kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berkhidmat sehingga habis penggal tidak menggambarkan beliau tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri itu. Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, meminta semua pihak supaya tidak membuat tafsiran sedemikian sebaliknya melihat isi kandungan kenyataannya yang banyak menyentuh soal ekonomi. “Ada tak saya sebut (tidak menyokong Anwar sebagai…










