BIARPUN dilabel khalayak sebagai penyanyi nombor satu negara, namun, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih tidak pernah terlepas daripada kritikan netizen, terutamanya dalam media sosial. Menerusi sebuah akaun Instagram yang sering berkongsi kisah hiburan artis tempatan, gaya dan cara komunikasi Siti sewaktu mengemudi konsert jelajahnya baru-baru ini dikatakan kurang berkesan dan tidak sampai kepada penonton. Pemilik akaun berkenaan turut berkata, gaya komunikasi Dayang Nurfaizah menerusi konsert Dayang Dua Dekad yang diadakan…










