KUALA LUMPUR 30 Ogos – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah menawarkan diri untuk menjadi ahli Kabinet pada waktu ini yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita susulan kenyataan Dr. Mahathir semalam bahawa ‘tidak ada kekosongan’ dalam Kabinet beliau pada waktu ini. “Saya tidak pernah menawarkan diri untuk menjadi ahli Kabinet. Saya terikat dengan konsesus Pakatan Harapan (PH)…










