KOTA BHARU 30 Ogos – Sate limau purut kedengaran agak pelik kerana tidak pernah dibuat orang. Namun jangan terkejut jika anda mahu tambah 10 cucuk sate lagi selepas mencubanya buat kali pertama. Gabungan sensasi limau purut dalam perapan daging sate ayam dan lembu itu adalah hasil kreativiti dua sahabat, Ahmad Tamin Abdullah, 34, dan Che Azmawi Che Seman, 40 yang kemudiannya mengkomersialkan ciptaan mereka kepada orang ramai. Ahmad Tamin berkata,…










