PULAU PINANG 5 Ogos – Tindakan sekumpulan lelaki yang cuba melindungi pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan mendakwa kononnya gadis itu ialah teman wanita mereka gagal mengaburi mata pihak berkuasa. Akibatnya, mereka ditahan dalam serbuan sekumpulan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) ibu pejabat polis kontinjen (IPK) negeri di sebuah pusat hiburan di Georgetown, di sini kira-kira pukul 4 pagi semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri,…










