SEREMBAN 2 Ogos – Kerajaan negeri berharap dapat menghabiskan kesemua RM3 juta peruntukan yang disediakan melalui Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TPUNS) menjelang Oktober ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sejumlah 1,000 usahawan di negeri ini dijangka menerima manfaat daripada tabung itu yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019 tahun lalu. Hari ini, katanya, seramai 211 usahawan telah menerima geran tabung itu daripada 900 permohonan yang diterima sejak Mei…










