LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata keputusan merehatkan Riyad Mahrez ketika The Citizens menewaskan Liverpool dalam aksi Perisai Komuniti kerana bimbang ubat-ubatan yang diambil pemain tersebut ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Algeria boleh memberi kesan kepada masalah doping. Pemain berusia 28 tahun itu membantu Algeria menjuarai Piala Negara-Negara Afrika dan Guardiola memberitahu kelab tidak mempunyai maklumat tentang rawatan yang diterima oleh Mahrez. “Riyad ada menelefon saya dan berkata…










