KANGAR 30 Ogos – Ribuan penyokong Pas dari negeri ini dijangka bersama memenuhi himpunan piagam muafakat di antara parti itu dan UMNO yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September nanti. Dalam masa sama, penyokong UMNO serta mereka yang amat mendambakan penyatuan ummah menjadi realiti dari Perlis itu juga dijangka tidak melepaskan peluang menghadiri himpunan yang disifatkan bersejarah itu. Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli memberitahu,…










