LONDON 27 Ogos – Seorang remaja parah manakala seorang lelaki ditahan selepas kemalangan membabitkan pertembungan dua jet ski di barat Sussex, di sini. Lapor portal Mirror, kemalangan berlaku berdekatan pintu masuk pelabuhan Shoreham sekitar pukul 4.30 petang, Ahad lalu. Dua penunggang jet ski berkenaan berjaya diselamatkan pasukan penyelamat Shoreham. Salah seorang mangsa terlibat, 19, mengalami cedera parah dikejarkan ke hospital dengan menggunakan helikopter. Manakala seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan polis sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.- AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya