SEREMBAN 2 Ogos – Sebanyak 10 pusat jualan buah-buahan, Gedung Durian N9 bakal dibuka di seluruh Negeri Sembilan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap raja buah itu. Pemiliknya, Chin Ken Soon, 38, berkata, pusat jualan pertama telah dibuka di Temiang di sini kira-kira tiga minggu lalu dengan menawarkan pelbagai jenis durian dan buah-buahan tempatan lain antaranya manggis dan rambutan. Beliau berkata, beberapa lokasi lain yang dijangka menjadi pilihan selepas…










