Proton catat 8,590 buah jualan kenderaan - Utusan Malaysia

Proton catat 8,590 buah jualan kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Proton kembali ke kedudukan kedua dalam jumlah keseluruhan jualan pasaran automotif Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 8,590 buah kenderaan bagi bulan Julai.

Proton berkata, Setelah mencapai kenaikan sebanyak 23 peratus pada bulan Jun, jualan syarikat terus meningkat sebanyak enam peratus pada

bulan Julai.

“Walaupun kadar pertumbuhan berkurangan, disebabkan jualan yang kukuh yang dicatatkan pada tahun 2018, Proton merupakan satu-satunya jenama automotif yang menunjukkan pertumbuhan positif untuk bulan lepas, membuktikan permintaan yang tinggi pada produknya.

“Bagi tahun ini, jumlah jualan kini adalah sebanyak 52,269 buah berbanding 35,561 buah pada tahun 2018, bersamaan pertumbuhan sebanyak 47 peratus dalam keseluruhan jualan dari tahun ke tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×