KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pos Malaysia Bhd. dan penyedia ekspres berpangkalan di China, STO Express International Co. Ltd. memeterai perjanjian untuk meneroka kerjasama rentas sempadan. Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Syed Md. Najib Syed Mohd. Noor berkata, kerjasama itu akan menawarkan syarikat di Asia Tenggara khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Katanya, menerusi platform logistik yang menyeluruh dengan kecekapan yang dipertingkat di perkhidmatan kurier antarabangsa pada kadar mampu…










