KUALA LUMPUR 30 Ogos – Tenaga Nasional Berhad (TNB) merekodkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus dalam pendapatan kumpulan kepada RM26.12 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019 berbanding RM24.77 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan berkata, pendapatan yang tinggi disebabkan oleh kenaikan jualan elektrik Kumpulan sebanyak 5.6 peratus daripada RM23.27 bilion pada tempoh yang sama pada tahun lalu…










