Polis sahkan mayat pengurus restoran - Utusan Malaysia

Polis sahkan mayat pengurus restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 29 Ogos – Polis mengesahkan mayat wanita yang dipercayai dibunuh dan dibuang ke dalam parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27 dikenali sebagai Tan Siew Mee.

Siew Mee, 52, merupakan pengurus restoran di One City, Subang Jaya itu berasal dari Pokok Sena, Kedah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil laporan bedah siasat mendapati terdapat 13 kesan tikaman di bahagian dada dan perut selain lehernya juga turut dikelar dipercayai menggunakan pisau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Punca kematian mangsa ialah Multiple Stab Wound To The Abdomen. Kita kini sedang mengesan suami mangsa iaitu Lim Ah Kee@Lim Kok Hoe atau dikenali sebagai William berusia 79 tahun bagi membantu siasatan.

“Kita percaya mangsa telah mati dalam tempoh 72 jam. Kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Isnin lalu, mayat wanita berkenaan ditemukan pekerja sebuah syarikat telekomunikasi kira-kira pukul 5.55 pagi dalam parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27.

Mayat mangsa bukan sahaja disumbat dalam beg pakaian lalu dibuang di dalam parit sedalam dua meter selain kepala mayat wanita itu dibungkus dengan plastik berwarna hitam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×