KEPALA BATAS 2 Ogos – Polis menafikan dakwaan mengenai berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Bertam Perdana di sini seperti yang tular menerusi rakaman suara di dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan mendapati kes penculikan yang didakwa dilakukan dengan sebuah kereta jenis Nissan Sunny itu adalah palsu. “Susulan dakwaan tersebut, polis telah menahan dua wanita yang menggunakan…










