ROCKHAMPTOM, Australia – Sekeping plat ortopedik ditemui dalam perut seekor buaya yang berkemungkinan dapat membantu berhubung kehilangan ahli keluarga, lapor akhbar The Guardian. Plat tersebut yang mengandungi skru tahan karat ditemui dalam perut buaya bernamadengan MJ yang memiliki panjang 4.7 meter, sebulan selepas ia mati akibat berlawan dengan seekor lagi buaya besar di Ladang Ternakan Buaya Koorana dekat sini. Pekerja ladang membelah perut buaya itu untuk mengenal pasti punca kematiannya,…










