LONDON 28 Ogos – Penyokong Tottenham menggesa Spurs agar ‘menghantar’ Christian Eriksen berlatih bersama skuad pelapis selepas berang dengan cara pemain Denmark itu menangani isu perpindahannya sejak beberapa bulan lalu. Eriksen, 27, secara terbuka memberitahu dia mahu meninggalkan Spurs, malah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. Bintang tengah Denmark itu juga dikatakan menolak tawaran kenaikan gaji 200,000 pound (RM1.03 juta) seminggu kerana mahu beraksi dalam La Liga. Daripada tiga perlawanan pertama Tottenham musim ini, Eriksen hanya sekali diturunkan dalam kesebelasan utama, selebihnya dia memanaskan bangku simpanan. Peminat bimbang situasi tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya