PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan tetap meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 seperti yang dijadualkan iaitu pada tahun depan. KPM dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dengan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid serta guru. Menurutnya, perancangan pengenalan tulisan khat itu telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak tahun 2014. “Kementerian mengambil maklum pelbagai respons terhadap isu…










