Pengecualian cukai jika taja Kelantan - Utusan Malaysia

Pengecualian cukai jika taja Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Penajaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Ahmad Muzakkir Hamid menjelaskan amaun yang disalurkan untuk membuat penajaan oleh mana-mana individu kepada KAFA bakal dikecualikan dalam pengisyhtiharan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jelasnya lagi, ia adalah berita baik dalam usaha pucuk pimpinan baharu melakukan transformasi badan induk itu selepas memperoleh kata putus daripada pertemuan antara Jawatankuasa Penajaan KAFA dan LHDN Kelantan baru-baru ini.

Ahmad Muzakkir memberitahu, usaha berkenaan dapat menarik minat penaja untuk bersama-sama KAFA membina semula bola sepak Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika cukai individu berpendapatan tahunan RM200,000 dan mereka beri tajaan RM50,000, pendapatan yang boleh isytihar adalah RM150,000 sahaja.

“Semoga penjelasan ini dapat beri gambaran kepada anak Kelantan, umumnya yang ingin bersama-sama membantu Kelantan,” katanya sebentar tadi.

Pada masa sama, Ahmad Muzakkir mengakui langkah berkenaan membuka peluang kepada individu yang berminat menjadi sebahagian yang akan transformasi KAFA.

“Kita tahu ramai peminat yang ingin melihat Kelantan kembali bangkit seperti zaman kegemilangan suatu masa dahulu.

“Jadi, langkah atau pembaharuan ini dapat memberi peluang kepada mana-mana individu untuk menjadi sebahagian daripada transformasi KAFA,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini