KUALA LUMPUR 2 Ogos- “Pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan.” Demikian kata seorang daripada sembilan mangsa kejadian lif terhempas dari tingkat lima di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi di sini hari ini. Menurut Ahmad Shahid Imran, 24, ketika kejadian, dia sempat memegang panel butang sebelum lif tersebut terjatuh. Katanya, lif yang sedang bergerak ke tingkat lima tiba-tiba ‘menjunam’ ke bawah dengan pintunya dalam keadaan terbuka. “Saya ketika itu tidak…










