PENDANG 31 Ogos – Berselindung di sebalik perwatakan alim sambil mengenakan kopiah merupakan taktik digunakan seorang lelaki di sini, yang cuba mengaburi mata orang ramai yang dia sebenarnya adalah penagih dadah. Kegiatan lelaki berusia 57 tahun itu walau bagaimanapun akhirnya terbongkar apabila dia diberkas polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Rambai, di sini pukul 12 tengah malam tadi. Lebih mengejutkan, penganggur itu turut memiliki…










