KLUANG 2 Ogos – Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya terbabas dan memasuki tebing kawasan kelapa sawit dalam kemalangan di kawasan bulatan Taman Delima di sini pagi ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, mangsa, Abu Bakar Dan, 43, disahkan maut di tempat kejadian. “Dalam kejadian tersebut, lori yang membawa muatan batu dari arah Taman Muhibbah ke Jalan Stadium hilang kawalan dan terbabas di kawasan bulatan…










