Nuri mendarat cemas di Kedah - Utusan Malaysia

Nuri mendarat cemas di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malauysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di kawasan Kem Gubir, Kedah kira-kira 3 petang tadi. TUDM dalam satu kenyataan berkata, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth itu sedang melaksanakan penerbangan membawa empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat untuk misi ulang bekal. “Semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan,” jelas kenyataan itu. Kenyataan itu, TUDM telah menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – K! ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN