PARIS 31 Ogos – Neymar akhirnya akur, dia perlu bersiap sedia mencari jalan untuk memperbaiki hubungan dengan Paris Saint-Germain (PSG) andai perpindahan ke Barcelona atau Real Madrid menemui kegagalan apabila jendela perpindahan Eropah ditutup, Isnin ini. Selepas beberapa minggu berunding, PSG dan Barcelona masih gagal mencapai persetujuan ketika pasaran perpindahan akan ditutup 48 jam dari sekarang. Hari ini, Pengarah Sukan PSG, Leonardo menegaskan, belum ada sebarang persetujuan dicapai mengenai penyerang…