SABAK BERNAM – Kelicikan seorang nelayan warga Myanmar menjual dadah sejak setahun lalu berakhir selepas diberkas hadapan sebuah rumah di Bagan Sekinchan, Sekinchan, di sini semalam. Suspek berusia 29 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 11.30 malam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, semasa serbuan suspek cuba meloloskan diri namun gagal selepas kawasan perumahan tersebut dikepung polis. “Hasil pemeriksaan menemui sepeket plastik lut sinar disyaki heroin…










