SEDEKAD berpencak dalam gelanggang seni, pelawak dan pengacara sensasi Nabil Ahmad sering terpalit dengan pelbagai kontroversi. Saban tahun menggauli kerjayanya, pasti ada sahaja kisah sensasi membakar pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad ini, sehingga menuntut dirinya berkali-kali membuat permohonan maaf secara terbuka. Bagaimanapun, seiring keterbukaan keperibadiannya, Nabil ternyata tidak mudah melatah. Lazimnya, dia selalu ke depan mengawal dan menjernihkan setiap kontroversi secara berhemah. Terbaharu, gara-gara membaling tanjak ketika mengendalikan rancangan Muzikal…










