PONTIAN 31 Ogos – Kanak-Kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Pontian mengetuai kontinjen perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Pontian 2019 di sini pagi ini. Ini diikuti murid Tadika Cilik Al-Fateh dan Tadika Jabatan Perpaduan bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan pakaian seragam serta pasukan beruniform. Perbarisan kira-kira 0.5 kilometer dari Stadium Mini Pontian ke Dataran Majlis Daerah Pontian diketuai 62 pembawa Jalur Gemilang yang…










