LONDON – Perjalanan karier Simon Mignolet di Liverpool selama enam tahun akhirnya menemui noktah selepas dia bersetuju untuk kembali bersama kelab lamanya, Club Brugge. Pengurus The Reds, Jurgen Klopp memberitahu selepas aksi persahabatan di Bradford pada bulan lalu dia berharap Mignolet untuk kekal di Anfield memandangkan jurulatih dari Jerman itu memerlukan dua penjaga gol utama dalam perjalanan mereka memburu trofi. Bagaimanapun, Mignolet mendapati peluangnya semakin tipis dalam dua musim terakhir.…










