Melaka garang di laman sendiri - Utusan Malaysia

Melaka garang di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Melaka United memulakan aksi Piala Malaysia 2019 dengan keputusan positif apabila meraih kemenangan 3-1 ke atas PDRM dalam saingan Kumpulan D, hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, PDRM terlebih dahulu mendapatkan gol menerusi pemain Lee Chang-hoon pada minit kelapan.

Bagaimanapun penguasaan PDRM di tempat lawan tidak kekal lama apabila tuan rumah mempamerkan kemampuan sebenar dengan meledak tiga gol menerusi Nazrin Nawi pada minit ke-11 dan ke-61 serta jaringan Patrick Reichelt pada minit ke-55. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini