ALOR SETAR – Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas petang semalam ketika mandi-manda bersama seorang rakannya di sungai belakang Istana Anak Bukit di Kampung Seberang Chegar, Jalan Anak Bukit di sini ditemukan pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menjumpai mayat Muhammad Shukri Amri Kadir, 19, pada 9.57 pagi, lebih kurang 20…










