Maritim tahan 14 PATI - Utusan Malaysia

Maritim tahan 14 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 2 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi yang dijalankan berhampiran Sungai Benut, dekat sini petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, suspek ditahan termasuk seorang tekong warga Indonesia dan seorang awak-awak warga tempatan.

“Bot dinaiki suspek berada dalam keadaan mencurigakan sebelum pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap bot tidak bernombor berkenaan pada pukul 3.25 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan dijalankan menemukan suspek dipercayai dalam perjalanan keluar atau masuk ke negara ini melalui pintu laluan yang tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, Maritim Malaysia komited untuk memastikan keselamatan nyawa serta undang-undang negara dipatuhi.

MARITIM
 

“Kami ingin menasihati mana-mana pihak agar menggunakan laluan keluar dan masuk yang sah dan tidak menggadaikan nyawa untuk mengelak perkara buruk berlaku.

“Ini kerana bot dinaiki suspek ditahan merupakan bot kecil dan mereka dalam keadaan bersesak, dan ini boleh mengundang bahaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini