SEJAK dahulu, madu dikenali oleh manusia sebagai satu daripada ubat atau penawar penyakit. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah, hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan manusia. Kemudian makanlah segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu.” (Dengan itu) akan keluarlah daripada badannya minuman (madu) berlainan warnanya, yang…










