KOTA BHARU 5 Ogos – Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM30,000 selepas dipercayai ditipu oleh sindiket Macau Scam di sini pada 31 Julai lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri Superintenden Ahmad Azizul Mohamed berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 60-an dikatakan terjerat dengan sindiket tersebut selepas menerima panggilan telefon yang mendakwa dari sebuah mahkamah di Melaka. Beliau berkata, dalam perbulan tersebut, sindiket itu mendakwa mangsa dituduh di mahkamah…










