PUTRAJAYA 2 Ogos – Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Bank Islam Malaysia Bhd. dan Bank Simpanan Nasional (BSN). MoU itu membolehkan kakitangan sektor awam memohon pembiayaan daripada LPPSA serta Bank Islam atau BSN yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua bagi menyelesaikan wang beza. Ia juga satu inisiatif positif melibatkan kerjasama sektor awam dan swasta bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap kakitangan…










