KUALA LUMPUR 30 Ogos – Seramai lima usahawan wanita yang menampilkan prestasi cemerlang telah dipilih untuk menerima Anugerah Ikon Usahawan Wanita 2019 dalam Konvensyen Usahawan Wanita sempena Minggu Usahawan Nasional 2019 (MUN2019) yang dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan. Kementerian Pembangunan Usahawan dalam satu kenyataan memberitahu, kelima-lima usahawan wanita itu dianugerahkan bagi kategori Ikon Usahawan Muda, Ikon Usahawan Berprestasi Tinggi, Ikon Usahawan Halal, Ikon Usahawan Digital dan Ikon Usahawan Mikro. Jelas kementerian…










